Tuesday, June 12, 2012

Apakah itu perniagaan internet


"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji." 
 
                                                                                                              Sabda Rasullallah S.A.W


Sebaik-baik Perniagaan Internet adalah….
Sebaik-baik perniagaan Internet adalah perniagaan yang diautomasikan, sama ada sepenuhnya ataupun sebahagian. Automasi di sini bermaksud ia tetap beroperasi walaupun tanpa penglibatan kita. Proses automasi itu sama ada sehingga ke tahap produk dihantar kepada pelanggan, ataupun setakat menerima tempahan dan bayaran daripada mereka sahaja.

Bisnes Produk Fizikal
Bisnes ini boleh diautomasikan dengan menggajikan pekerja ataupun menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. Untuk memastikan bayaran disahkan tanpa pekerja atau pihak ketiga itu membuat semakan ke akaun bank, gunakan perkhidmatan pembayaran daripada pihak online payment yang begitu banyak sekarang.

Bisnes Produk Digital
Kelebihan menjual produk digital di Internet seperti ebook, audio dan video adalah, kita boleh mengautomasikan perniagaan ini sepenuhnya. Salah satu kaedah bayaran yang kerap digunakan adalah dengan menggunakan Paypal. Untuk automasikan pembayaran melalui online banking, gunakan kaedah yang dinyatakan dalam artikel ini.

Bisnes Perkhidmatan
Bisnes perkhidmatan adalah berbeza dengan bisnes produk fizikal dan produk digital. Ini kerana, bisnes perkhidmatan tetap memerlukan tenaga manusia untuk menyiapkan sesuatu tempahan oleh pelanggan. Namun kita tetap boleh automasikannya dengan menggajikan pekerja ataupun menggunakan pihak ketiga.

Kelebihan Automasi Bisnes
Mengautomasikan perniagaan online akan menyebabkan pelanggan berpuas hati kerana mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapat respons daripada kita. Contohnya produk berbentuk digital, ia sewajarnya lebih cepat diperolehi berbanding produk fizikal ataupun servis.
Pada artikel akan datang, saya akan senaraikan apakah perkara yang boleh kita automasikan dengan menggunakan tools yang ada di Internet.