"Sembilan
per sepuluh rezeki adalah daripada
perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan
gaji."
Sabda Rasullallah S.A.W
Sebaik-baik Perniagaan Internet adalah….
Sebaik-baik
perniagaan Internet adalah perniagaan yang diautomasikan, sama ada
sepenuhnya ataupun sebahagian. Automasi di sini bermaksud ia tetap
beroperasi walaupun tanpa
penglibatan kita. Proses automasi itu sama ada sehingga ke tahap produk
dihantar kepada pelanggan, ataupun setakat menerima tempahan dan bayaran
daripada mereka sahaja.
Bisnes Produk Fizikal
Bisnes ini boleh diautomasikan dengan menggajikan pekerja ataupun
menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. Untuk memastikan bayaran disahkan
tanpa pekerja atau pihak ketiga itu membuat semakan ke akaun bank,
gunakan perkhidmatan pembayaran daripada pihak online payment yang begitu banyak sekarang.
Bisnes Produk Digital
Kelebihan menjual produk digital di Internet seperti ebook, audio dan
video adalah, kita boleh mengautomasikan perniagaan ini sepenuhnya.
Salah satu kaedah bayaran yang kerap digunakan adalah dengan menggunakan
Paypal. Untuk automasikan pembayaran melalui online banking, gunakan
kaedah yang dinyatakan dalam artikel ini.
Bisnes Perkhidmatan
Bisnes perkhidmatan adalah berbeza dengan bisnes produk fizikal dan
produk digital. Ini kerana, bisnes perkhidmatan tetap memerlukan tenaga
manusia untuk menyiapkan sesuatu tempahan oleh pelanggan. Namun kita
tetap boleh automasikannya dengan menggajikan pekerja ataupun
menggunakan pihak ketiga.
Kelebihan Automasi Bisnes
Mengautomasikan perniagaan online akan menyebabkan pelanggan berpuas
hati kerana mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapat respons
daripada kita. Contohnya produk berbentuk digital, ia sewajarnya lebih
cepat diperolehi berbanding produk fizikal ataupun servis.
Pada artikel akan datang, saya akan senaraikan apakah perkara yang boleh kita automasikan dengan menggunakan
tools yang ada di Internet.