Tuesday, June 12, 2012

Apakah itu perniagaan internet


"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji." 
 
                                                                                                              Sabda Rasullallah S.A.W


Sebaik-baik Perniagaan Internet adalah….
Sebaik-baik perniagaan Internet adalah perniagaan yang diautomasikan, sama ada sepenuhnya ataupun sebahagian. Automasi di sini bermaksud ia tetap beroperasi walaupun tanpa penglibatan kita. Proses automasi itu sama ada sehingga ke tahap produk dihantar kepada pelanggan, ataupun setakat menerima tempahan dan bayaran daripada mereka sahaja.

Bisnes Produk Fizikal
Bisnes ini boleh diautomasikan dengan menggajikan pekerja ataupun menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. Untuk memastikan bayaran disahkan tanpa pekerja atau pihak ketiga itu membuat semakan ke akaun bank, gunakan perkhidmatan pembayaran daripada pihak online payment yang begitu banyak sekarang.

Bisnes Produk Digital
Kelebihan menjual produk digital di Internet seperti ebook, audio dan video adalah, kita boleh mengautomasikan perniagaan ini sepenuhnya. Salah satu kaedah bayaran yang kerap digunakan adalah dengan menggunakan Paypal. Untuk automasikan pembayaran melalui online banking, gunakan kaedah yang dinyatakan dalam artikel ini.

Bisnes Perkhidmatan
Bisnes perkhidmatan adalah berbeza dengan bisnes produk fizikal dan produk digital. Ini kerana, bisnes perkhidmatan tetap memerlukan tenaga manusia untuk menyiapkan sesuatu tempahan oleh pelanggan. Namun kita tetap boleh automasikannya dengan menggajikan pekerja ataupun menggunakan pihak ketiga.

Kelebihan Automasi Bisnes
Mengautomasikan perniagaan online akan menyebabkan pelanggan berpuas hati kerana mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapat respons daripada kita. Contohnya produk berbentuk digital, ia sewajarnya lebih cepat diperolehi berbanding produk fizikal ataupun servis.
Pada artikel akan datang, saya akan senaraikan apakah perkara yang boleh kita automasikan dengan menggunakan tools yang ada di Internet.

Wednesday, June 6, 2012

Menganggur tapi berduit

Selamat datang ke blog saye...tiada ape yg menarik pun mengenai blog saye ini...tekejut dgn tajuk post di atas??yer..saye seorang lepasan graduan drp USM...21April yg lepas baru saye graduate...sejujurnya saye mmg malas nak kerja..so saye dan kawan2 saye buat la bisness pasif...pcaye atau x...saye dapat RM100 seminggu...satu jumlah yang nampak kecik kan???tp sape nak bagi RM100 seminggu kan???
   Tidak perlu keluarkan duit untuk menimba ilmu internet ni..semuanya percuma..anda boleh cari di forum2 yg popular seperti forum syok,gempak dan cari gold.

   Jika anda masih tidak faham tentang cara saya mendapat duit melalui perniagaan internet..anda boleh tinggalkan komen atau pun berhubung melalui facebook,ym dan num phone seperti mane yang terletak di dalam ruangan Contact

   Sampai di sini sahaja post saya utk kali ini..teruskan menyokong blog saya yer : )

Tuesday, June 5, 2012

Perniagaan Ini Adalah Halal


KEUNTUNGAN DARIPADA PERNIAGAAN INI ADALAH HALAL DAN PERNIAGAAN BERCORAK INI ADALAH HARUS DI SISI ISLAM !!!!!